IKATAN CHENTA DI JIWA

Daisypath Anniversary tickers

Menunju Chenta Hati 121209

Daisypath Wedding tickers

Saturday 23 October 2010

Blog oh Blog

Lama dah tak update.
Dah berhabuk.
Macam biasa, aku silent reader. Jalan2, survey2 , baca2 blog orang lain.
Macam2 ada. Aku? Tetap sama.
Ada kala, aku aku blogwalking, membaca & terus membaca hingga aku leka alam sekeliling
Ada yang aku baca dari permulaan penulisan/ penglibatan sang blogger itu
Ada catatan harian, ada ilmu yang dikongsi bersama
Ada puisi, ada fahaman dan ada falsafah

Yang bagus, teruskan. Blog sendiri, ikut suka sendiri.

Saturday 31 July 2010

3 Tahun Yang Lalu..

Menatap Mata Sepetmu

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu









Si Mata Sepet  Hatiku

Tuesday 27 July 2010

Cerita Satu Malam

Kejadian bermula pada malam 24 July 2010 yang takkan aku lupakan. Aku tak pernah terfikir yang kejadian itu berlaku pada aku kerana selama ini aku tak pernah cuai & tak pernah meremehkan perkara itu..
Lepas balik kerja, aku ke Damansara jumpa intan payung aku. Walau sekejap rasa lapang & relax hilang semua penat tensi -tensi aku. Dengan gigihnya kau redah jam di petang hari untuk berjumpa intan payung aku....

Ini dia encik intan payung...
Si kecik intan payung dengan 1st birthday presentnya..
(sila abaikan imej muncung teko itu)
 
Dekat pukul 10, aku terus balik. Encik Suami pastinya menunggu dengan sabar di rumah kan..Kejadian bermula apabila kereta aku dengan sebaiknya tanpa diarah & dipinta terus mematikan diri. Masa tu aku sedap-sedap tengah bergayut dengan bff aku menceritakan tentang kesangsian kehamilannya pada aku. So layankan saja & pastinya menjadi a good listener. 

Lepas saja menuruni bukit, enjin kereta terus menyepikan diri. Pedal minyak ditekan tapi tetap takde respon. Free gear, masuk gear, tukar gear semua dah aku buat. Paling best, aku start engine langsung tak respon gak.. Dalam otak macam- macam andaian dah. Yelah sebelum ni aku ada pengalaman kereta stuck kat tengah jalan, tengah highway. Tolak kereta pun aku pernah. So bayangkan, bagi aku tu cuma kejadian kecil berbanding yang lain. Timing belt putus, distributor kong, langgar bumper orang, kabel klac putus, minyak takde  ...semua aku dah lalui. Tu sebab aku masih cool aje malam tu..

Ada gak yang bersimpati terus tolak kereta ke tepi sehinggalah.. 

  jeng jeng jeng!!


bantuan sampai!!
(siapa lagi kalau bukan hero Malaya aku- Encik Suami)

Terus tanpa berlengah, post mortem ke atas kereta kuda ku di jalankan. Bantuan lain menyusul dari Kajang, dari kem, dari Ampang semualah dihubungi..

Layan je lah gambar tak payah cerita nanti korang tahu lah..
Tersadai sudah..

 ...
...
....
.....




 Masing -masing serius menjalankan post mortem
Hasilnya....


...
....
.......
...........
...................
.................................................................






Tadaaaaaa.........












Minyak Habis!

Tragedi malam itu sungguh tak ku duga.. Penunjuk meter minyak semua rosak! Cet!



Sunday 6 June 2010

Tentang Pisang

Minggu lepas aku balik kampung hubby di Pahang. Sebagai buah tangan , MIL aku bekalkan pisang. Ya, buah pisang. Aku memang tak kenal sangat jenis- jenis pisang tapi aku tahu nama pisang. Maksud aku, aku tak tahu untuk memadankan nama & jenis pisang tu. Menurut MIL, pisang itu adalah pisang nangka yang masih muda.  , Hijau muda & pisang rastali. Setelah merujuk pada mak aku sendiri juga, maka pisang nangka hijau itu eloklah dibuat kerepek. Ya kerepek pisang! Mula-mula aku tak berapa confident  nak bawa balik pisang tu. Seperti tahu isi hati aku, Encik Suami pun tak memaksa. Tapi bagi aku itu adalah seperti  satu cabaran untuk membuktikan padanya aku sedang cuba menjdai seorang isteri yang matang, yang tahu selok belok itu ini, masak itu &ini. Tapi persoaannya pernah ke aku buat kerepek pisang? Makan aku pandai lah. Ni nak sagat kerepek terus ke dalam kuali adalah satu perkara yang tak pernah aku alami ahaks.. alternatf perlu dicari segera.

Maka, balik saja dari office keesokkan harinya tu aku memulakan pencarian penyagat kerepek. Terus ke Econsave mencari peralatan menyagat itu dengan yakinnya walaupn dalam hati risau terbeli penyagat sayur.
So, cari punya cari, aku jumpa yang all in one. So tanpa buang masa, aku pun beli. Malam tu, dibantu oleh Encik Suami, aku pun memulakan perkara yang aku tak pernah buat seumur hidup setakat ni. Aku memang agak fobia dengan minyak panas dalm kuantiti yang banyak. So sebagai langkah berjaga-jaga, kami ambil jalan mudah iaitu Encik Suami menyagat, kemudian  aku menggoreng. Namun menurut mak, kerepek itu akan melekat satu sama lain kerana sepatutnya pisang perlu disagat terus ke dalam kuali tapi  aku  buat sebaliknya, sagat dahulu kemudian goreng lerai- leraikan. Nak tak nak kenalah habiskan. Sebelum ni, aku pernah tengok arwah nyai ( nenek) buat kerepek setiap kali menjelang raya tapi inilah kali pertama aku buat. Hasil dari sagatan Encik Suami, tak semua kerepek menjadi rangup. Ada yang tebal sikit di tengah-tengah. Tapi aku meneruskan usaha kami.  Dapatlah dalam 2 telap. Akhirnya siap juga lebih-lebih lagi abang aku & kawannya datang malam tu maka habislah sang kerepek aku tu..mari lihat gambar yang aku nak abadikan kat sini..;)

Proses menggoreng ;)


Perkara baru bagi aku setelah bergelar isteri tapi serius amat menyeronokkan! Nantikan versi apam/ kek pisang kukus pulak selepas ni. Pakcik gugel, sila tolong saya!

Sunday 23 May 2010

Rumah baru cerita baru

Sekian lama aku tak berblogging kali ini baru berkesempatan. Penat mencuci & mengecat rumah baru tiba- tiba datang pula mood nak update blog ni..Ya aku akan memulakan hidup yang sama dalam persekitaran baru. Dah hampir setahun setengah aku aku tinggal di rumah sewa ni..Pejam celik pejam celik tak sangka dah setahun lima bulan. Setahun bersendirian tanpa housemate sebab mudah untuk mak & adik yang selalu datang KL untuk tinggal dengan aku. Kalau ada housemate terhadlah sikit. Lima bulan ni pula aku tinggal dengan housemate baru. Housemate, roomate & soulmate. 3 in  1 dan more in 1..kini, Alhamdulliah ada rezeki untuk kami berpindah sementara menunggu rumah yang sedang dalam pembinaan.
Bersyukur walaupun akan tinggal di kuarters tapi amat berbaloi jika dibandingkan dengan rumah sewa sekarang. Rumah sewa sekarang tingkat 5 fully furnished yang ala- ala saja, tanpa lif dan selama 17 bulan aku gigih mendaki tangga. Namun Alhamdulliah family aku juga masih mempunyai kudrat nak panjat tangga terutamanya mak. Kesian kat mak kalau nak datang rumah aku. Tapi aku tahu ada masanya mak nak bertukar angin ada masa nak datang tengok anak menantu. Bersyukur mak masih sihat untuk naik ke tingakt 5 ni. Disebabkan itu juga aku jarang menjemput kawan-kawan & saudara datang ke rumah. Family in law aku pun aku tak galakkan untuk datang. Bukan sombong tapi aku tahu kadar keterlaratan mak & abah mentua aku untuk naik ke tingkat 5 ni. Kuarters ni pulak walau tingkat 8, tapi ada lif & rumah  aku yang paling hujung berdekatan dengan lif. Memang aku rasa ini masa yang tepat kerana aku perlu persekitaran baru untuk membina hidup baru  dan deko mendeko rumah ikut citarasa kami. Tak salahkan?
Jadi, bayangkan kalau wanita  mengandung  turun naik tingkat 5 ni kan? Tak ke haru.. Jadi persekitaran baru diharap akan menukar suasana kepada yang lebih  fresh..
Tak sabar nak tulis entry baru cuma rasanya  seperti tidak berkesempatan sebab proses perpindahan akan bermula..

Mashimaro: semoga kami tabah hati untuk memunggah turun dari tingkat 5 & naik ke tingkat 8!

Friday 30 April 2010

Terbiar bukan terbengkalai

Lama sudah blog aku terbiar. Dalam hati, dalam otak terlalu banyak untuk dicerita tapi masa selalu tidak mengizinkan. Kalau faktor masa menjadi halangan itu adalah had sempadan yang aku sendiri tidak melepasinya. Aku lebih suka terus menjadi silent reader blog orang lain daripada update blog aku ni. Lebih banyak bersidai kat buku muka.. Haish, tak boleh jadi ni. Maka aku tabahkan hati untuk mengupdate blog ni sebagai intro.
Lepas ni akan aku post kan apa yang terbengkalai dalam kepala aku & terus turun ke jari tanpa ada sebarang gangguan dan alasan ..
Oh Tuhan, tabahkan hati aku untuk merajinkan jari menaip dan terus menaip..

Monday 15 March 2010

Bolayan!

Sesetengah orang tak suka melayan. Atau perkataan yang paling tepat diguna ialah bolayan. Sejak aku berkahwin, banyak perubahan dalam hidup yang mana akan ada banyak hubungan baru, soalan2 baru & macam2 baru dalam hidup. Kadang - kadang hal remeh camni tak boleh dilayankan sangat. tak logik jugak dan kadang- kadang seperti tak masuk akal..Rasa tak boleh blah dengan soalan seperti
Senario I
.. "dah ada apa-apa ke?" ,"bila lagi?" , etc.. etc.. etc..
Orang-orang ni tak ada hal lain nak ditanya ke bila seseorang tu baru aje kahwin? Kami baru saja 3 bulan hidup bersama tapi soalan merimaskan itulah sering ditanyakan. Yang tanya tu pulak seperti tak sedar diri. Macam lah dia dah lama sangat berkahwin 10-30 tahun, kan?  Banyak sangat ke pengalaman? Kalau banyak , tak juga kongsi apa- apa panduan. Sedangkan mereka - mereka itu pun bukan terus atau agak mudah melaluinya sebelum ni. Itulah orang kita, terlalu mengambil berat yang kurang kena pada tempatnya.

Senario II
" Kau jangan itu, kau jangan ini..." , "Itu tak boleh, ini tak boleh" , " Kau rasa dah ke?", " Boleh ke?", "Aku dulu camni, camtu,.."
Senario dia atas yang buat aku meluat atau kebarangkalian untuk aku ignore kan sahaja. Mereka ini tidak lah lama atau banyak sangat pengalaman pun. Baru mempunyai seorang dua anak, baru kahwin kurang dari 10 tahun pun tapi terlalu menunjuk atau memberi terlebih panduan yang kadang kala merendah- rendahkan diri orang lain. Orang seperti ini seperti tidak faham konsep rezeki terletak pada Tuhan. Bagi aku, pastinya Tuhan maha memahami sebab musabab di sebalik apa yang ditakdirkan mahupun belum ditakdirkan lagi. Itulah namanya Qada & Qadar. Orang- orang ini seperti ini menjadikan perkara seperti ini sebagai alat pengukur kemampuan seseorang dalam sesetengah perkara. Adil ke? Adil tak adil aku peduli apa kerana siapa dia untuk mengukur kemampuan orang lain, kan? Tak nafikan juga ada suara-suara sumbang yang berunsur PHD   atas sebab yang tak diketahui tapi bau- bau unsur itu boleh dihidu jika latar belakang atau cerita tentang dirinya kita sedia maklum. Nasib baik dalam hal - hal seperti ni Encik Chenta Hati sangat sporting & selalu bagi galakan. Lagipun siapa lagi yang akan faham diri kita kalau bukan pasangan hidup kita sendiri..
Bak kata orang, hal - hal dalam kain , simpan sendiri sudah!

Senario III
Hidup jangan rasa bagus sangat. Kadang - kadang boleh buat orang meluat. Diri tu dah berumur. Dah pun cecah usia dewasa. Bukan remaja lagi. Biarlah perangai senonoh. Macam bagus + ego = poyo! Aku tak mati kalau tak tegur kau. Perangai macam budak sekolah. Tak boleh tengok orang lain lebih, rasa tercabar sendiri. Bukan aku, tapi ramai yang kata kau tak pernah puas dengan apa yang kau ada, tak boleh tengok orang lain lebih, kau pun nak juga. Bukan aku sorang yang boring dengan perangai tak matang kau. Kau rasa kau bagus tapi hanya macam bagus sebenarnya.Terpulang pada kau. Aku tak kesah..Ada aku kesah??
Mashimaro: Bebaskan hidup dari PHD!

Thursday 18 February 2010

Misi Menabung 2010

-gambar hiasan aje-

Menabung? Inilah misi yang akan dilancarkan (harap2 mendapatkan sokongan & persetujuan Encik Chenta Hati) untuk 1st quater this year. Iye, aku faham kewangan akan berubah selepas berkahwin & kerana itulah tabungan/ simpanan amat penting. Masa sebelum kahwin, aku dicabar oleh Encik Chenta Hati untuk menabung setiap hari sebab aku ni ibarat budak kecik baginya yang selalu abih duit ntah ke mana gi beli jajan & ntahpape lagi. So,aku yang tak mampu untuk menabung setiap hari ni mengambil langkah yg aku kira bijaklah masa tu. Aku tak menabung setiap hari sebenarnya tapi aku menabung duit RM 5 aje. So, setiap kali aku ada RM 5 (yg kaler hijau saje) aku akan mendisiplinkan diri untuk tidak membelanjakannya.. wah.. mmg rasa nak menangis time tu..Tapi apakan daya, Encik Chenta Hati akan memeriksa status tabungan aku setiap hujung minggu huhu.. bila kira- kira balik hasil tabungan tu dapat gak dkt2 RM200++ sekelip mata. 
So untuk kali ini, aku declare lagi sekali lagi untuk melancarkan tabung RM 5 saja ..Kenapa RM 5?? sebab RM 5 lah..untuk diri aku, selamat berjaya diucapkan!

Mashimaro : Chaiyok2! 

Saturday 2 January 2010

Entry Pertama 2010 - Teaser I



Gambar outdoor menjadi penghias entri pertama aku untuk 2010. Terlalu banyak untuk dicatatkan sehingga tak tahu dari mana untuk aku mulakan. Cukup untuk kali ini kerana aku tidak mahu dicop sebagai pekerja bagus yang mencuri tulang (huahuahua)...

Mashimaro: harap2 tahun ni aku punya banyak masa nak blogging  walaupun xde org baca blog suka suki aku ni ;)