IKATAN CHENTA DI JIWA

Daisypath Anniversary tickers

Menunju Chenta Hati 121209

Daisypath Wedding tickers

Saturday 31 October 2009

Aku Redha...


Sampaikan pesan aku padanya

Aku pergi

Kerana aku

Redha akan takdir & ketentuanNya.


Sedey

Rasa sedih. Seperti mahu melupakan segalanya.
Jika itu akan jadi takdirnya,
....TUHAN , aku redha segalanya.....

Sunday 25 October 2009

Blog & Bloggers

Aku silent reader pada bloggers yang blognya selalu ku baca..
Kali ini aku sudah berani tinggal komen.
For bloggers yang approved aku,
THANK YOU & SALAM PERSAHABATAN;)

Saturday 24 October 2009

Mak Yang Tak Guna??

Hari ni terima email dari kawan kepada kawan staff TNB.

Masya Allah.. tak terkomen kejahatan manusia sekarang.

Aku pencinta baby & aku penyayang baby.

Aku declare di sini , perempuan itu PEREMPUAN DURJANA. TAK GUNA. Baik MATI.

Email diterima:
***********************************************************************************


KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.
Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.
Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu
. Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.
Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

"Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

"Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.

"Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala," katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.

"Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

"Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk," katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

"Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

"Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

"Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.


***********************************************************************************

Kelmarin, aku ke Maxis Tmn Segar, Cheras. Sedang menuju kembali ke kereta, ada serbuan polis undercover or special branch menaiki van . 2 org Negro ditangkap dpn mata aku. Itukah mereka? Tapi tak ada pulak betina haram tu!

Aku baca banyak blog. Most of the bloggers marah. Tersentuh baca blog Dilla..

Sunday 18 October 2009

BFF's solemnization

17 Oct yang lepas aku telah menghadiri majlis pernikahan my bff di Bkt Lintang, Melaka
This lovely pretty girl adalah kawan & jiran aku masa aku kecik2 dulu.. emm sweet kan?

Semoga kalian berdua kekal ke akhir hayat..
So layan pics..


Maliah (Eli) & Haris


The hantaran..




All in one - sgt cantek!








Ehem.. saya pun nak jugak.. amik berkat ngeeee:)







Aksi terlebey sudah..(dirampok dr buku muka kakak Eli->Masni)



Bff jugak - Wardah pun ada (gmbr ni pun rompak gak dr Kak Masni)


Mashimaro:Tak sabar nak tunggu reception mereka yang cadangnya 6 Mac 2010 (semestinya selepas majlis ku nanti) *wink*

Friday 16 October 2009

Perlukah??

Perasaan kini begitu teruja, nervous & ntah ape2 kalau tengok counting day atas tu. Rasa nak remove dari blog yang cute ni. Tapi memandangkan ianya cute so, biar saja. At least, tak perlu untuk menghitung jari & membilang bintang-bintang di langit untuk mengira perjalana hari menuju Mr Chenta Hati.(haha berfalsampah pulak)


Dalam persediaan Kenangan Terindah 121209 & dlm perjalanan menuju Mr Chenta Hati, banyak perkara perlu diuruskan. Banyak pilihan perlu dibuat & banyak benda perlu di survey.


Sometimes,bila terlalu banyak yang disurvey, byk blog yg di baca, hati menjadi tamak. Semua benda nak hingga kehendak menjadi keutamaan. Nasib baik Mr Chenta Hati selalu bagi red alert..


So hati, tabahlah berjimatlah dlm membuat persediaan. Beli untuk keperluan sahaja.

Mashimaro:Mr Chenta Hati pesan, dahulukan yang wajib. Yang perlu itu kesempurnaan. Bukan nafsu mengikut kehendak...

Wednesday 14 October 2009

80% almost done!

Alhamdullilah segala urusan dah selesai & kini boleh berasa berlapang dada sikit.. (sikit je tak leh lebih2 lagi) . Rasa happy terutamanya urusan di Pejabat Agama Muar telah settled. Interview pun dah lepas...Aku punya lah nebes sampai sibuk revise syllabus feqah, tauhid, ibadat dgn my sis & my cousin umo 13thn tu.. yelah, aku tak membesar & bersekolah di Johor dan aku tak bersekolah agama seperti kanak-kanak di Johor yang rata-ratanya berjaya menjejakkan kaki ke darjah khas tu.. Aku di Melaka dulu , sekolah pagi darjah 4 ( sekolah agama darjah 1) & sekolah pagi darjah 5, (sekolah agama darjah 2). Bila berpindah ke Semenyih waktu darjah 6, sekolah pagi aku melompat terus darjah 6 juga.. Nasib baik aku kanak- kanak berotak ekspres, so aku dpt gak catch up even result aku tak lah top ten exam SPRA ;)

Cuti selama 3.5 hari aku manfaatkan untuk melaksanakan kerja2 / tugasan & memastikan sebahagian misi & check list Kenangan Terindah 121209 aku terlaksana. So aku boleh lah concentrate buat benda lain pulak. Penat memang penat..non stop aku selama 3 hari. Maka Mr R telah ku bawa bersama pulang ke kampung. Nasib baik dpt cuti. Maka kami sgt happy!