IKATAN CHENTA DI JIWA

Daisypath Anniversary tickers

Menunju Chenta Hati 121209

Daisypath Wedding tickers

Monday 15 March 2010

Bolayan!

Sesetengah orang tak suka melayan. Atau perkataan yang paling tepat diguna ialah bolayan. Sejak aku berkahwin, banyak perubahan dalam hidup yang mana akan ada banyak hubungan baru, soalan2 baru & macam2 baru dalam hidup. Kadang - kadang hal remeh camni tak boleh dilayankan sangat. tak logik jugak dan kadang- kadang seperti tak masuk akal..Rasa tak boleh blah dengan soalan seperti
Senario I
.. "dah ada apa-apa ke?" ,"bila lagi?" , etc.. etc.. etc..
Orang-orang ni tak ada hal lain nak ditanya ke bila seseorang tu baru aje kahwin? Kami baru saja 3 bulan hidup bersama tapi soalan merimaskan itulah sering ditanyakan. Yang tanya tu pulak seperti tak sedar diri. Macam lah dia dah lama sangat berkahwin 10-30 tahun, kan?  Banyak sangat ke pengalaman? Kalau banyak , tak juga kongsi apa- apa panduan. Sedangkan mereka - mereka itu pun bukan terus atau agak mudah melaluinya sebelum ni. Itulah orang kita, terlalu mengambil berat yang kurang kena pada tempatnya.

Senario II
" Kau jangan itu, kau jangan ini..." , "Itu tak boleh, ini tak boleh" , " Kau rasa dah ke?", " Boleh ke?", "Aku dulu camni, camtu,.."
Senario dia atas yang buat aku meluat atau kebarangkalian untuk aku ignore kan sahaja. Mereka ini tidak lah lama atau banyak sangat pengalaman pun. Baru mempunyai seorang dua anak, baru kahwin kurang dari 10 tahun pun tapi terlalu menunjuk atau memberi terlebih panduan yang kadang kala merendah- rendahkan diri orang lain. Orang seperti ini seperti tidak faham konsep rezeki terletak pada Tuhan. Bagi aku, pastinya Tuhan maha memahami sebab musabab di sebalik apa yang ditakdirkan mahupun belum ditakdirkan lagi. Itulah namanya Qada & Qadar. Orang- orang ini seperti ini menjadikan perkara seperti ini sebagai alat pengukur kemampuan seseorang dalam sesetengah perkara. Adil ke? Adil tak adil aku peduli apa kerana siapa dia untuk mengukur kemampuan orang lain, kan? Tak nafikan juga ada suara-suara sumbang yang berunsur PHD   atas sebab yang tak diketahui tapi bau- bau unsur itu boleh dihidu jika latar belakang atau cerita tentang dirinya kita sedia maklum. Nasib baik dalam hal - hal seperti ni Encik Chenta Hati sangat sporting & selalu bagi galakan. Lagipun siapa lagi yang akan faham diri kita kalau bukan pasangan hidup kita sendiri..
Bak kata orang, hal - hal dalam kain , simpan sendiri sudah!

Senario III
Hidup jangan rasa bagus sangat. Kadang - kadang boleh buat orang meluat. Diri tu dah berumur. Dah pun cecah usia dewasa. Bukan remaja lagi. Biarlah perangai senonoh. Macam bagus + ego = poyo! Aku tak mati kalau tak tegur kau. Perangai macam budak sekolah. Tak boleh tengok orang lain lebih, rasa tercabar sendiri. Bukan aku, tapi ramai yang kata kau tak pernah puas dengan apa yang kau ada, tak boleh tengok orang lain lebih, kau pun nak juga. Bukan aku sorang yang boring dengan perangai tak matang kau. Kau rasa kau bagus tapi hanya macam bagus sebenarnya.Terpulang pada kau. Aku tak kesah..Ada aku kesah??
Mashimaro: Bebaskan hidup dari PHD!