IKATAN CHENTA DI JIWA

Daisypath Anniversary tickers

Menunju Chenta Hati 121209

Daisypath Wedding tickers

Thursday 31 December 2009

Update Update Update

Baru berpeluang blogging .. curi2 masa aje ni.. banyak nak update..especially about my big day..

Kenangan Terindah 121209 itu sememangnya terindah untukku... :)

Aku akan hepdet lagi blog ni.. jadi tunggu..!

Monday 16 November 2009

Rasa malas!!

Rasa malas yang teramat sangat hingga tak tau nak buat apa..
Rumah aku seperti tidak bersedia menerima kedatangan orang baru.
Hari ni sepah, sok kemas. Sepak balik, kemas balik. Tak tahu nak buat apa. Stay sorang2 camni lah gayanya. Serba tak kena sekarang. Hujung minggu, kene travel balik kampung. Penat memang penat. Rasa cam dah banyak perkara aku settle kan. Tapi bila check2 blk, banyak lagi pulak tak setle2 nya.

Pening kepala. Rasa nak buat operasi kat rumah aku ni. Nasib baiklah aku takde hausmet. Kalau tak kesian aje sapa2 yang menyewa dengan aku. Rasa nak aje upah orang buat deco2. (Panggil Eric Leong pun ok gak.. klu aku anak jutawan lah nggeee!)

Mashimaro: Nak sambung deco2..opss bukan deco kemas2 aje.. deco2 tunggu bila dah ada ketua rumah yek!

Saturday 31 October 2009

Aku Redha...


Sampaikan pesan aku padanya

Aku pergi

Kerana aku

Redha akan takdir & ketentuanNya.


Sedey

Rasa sedih. Seperti mahu melupakan segalanya.
Jika itu akan jadi takdirnya,
....TUHAN , aku redha segalanya.....

Sunday 25 October 2009

Blog & Bloggers

Aku silent reader pada bloggers yang blognya selalu ku baca..
Kali ini aku sudah berani tinggal komen.
For bloggers yang approved aku,
THANK YOU & SALAM PERSAHABATAN;)

Saturday 24 October 2009

Mak Yang Tak Guna??

Hari ni terima email dari kawan kepada kawan staff TNB.

Masya Allah.. tak terkomen kejahatan manusia sekarang.

Aku pencinta baby & aku penyayang baby.

Aku declare di sini , perempuan itu PEREMPUAN DURJANA. TAK GUNA. Baik MATI.

Email diterima:
***********************************************************************************


KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.
Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.
Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu
. Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.
Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

"Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

"Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.

"Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala," katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.

"Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

"Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk," katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

"Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

"Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

"Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.


***********************************************************************************

Kelmarin, aku ke Maxis Tmn Segar, Cheras. Sedang menuju kembali ke kereta, ada serbuan polis undercover or special branch menaiki van . 2 org Negro ditangkap dpn mata aku. Itukah mereka? Tapi tak ada pulak betina haram tu!

Aku baca banyak blog. Most of the bloggers marah. Tersentuh baca blog Dilla..

Sunday 18 October 2009

BFF's solemnization

17 Oct yang lepas aku telah menghadiri majlis pernikahan my bff di Bkt Lintang, Melaka
This lovely pretty girl adalah kawan & jiran aku masa aku kecik2 dulu.. emm sweet kan?

Semoga kalian berdua kekal ke akhir hayat..
So layan pics..


Maliah (Eli) & Haris


The hantaran..




All in one - sgt cantek!








Ehem.. saya pun nak jugak.. amik berkat ngeeee:)







Aksi terlebey sudah..(dirampok dr buku muka kakak Eli->Masni)



Bff jugak - Wardah pun ada (gmbr ni pun rompak gak dr Kak Masni)


Mashimaro:Tak sabar nak tunggu reception mereka yang cadangnya 6 Mac 2010 (semestinya selepas majlis ku nanti) *wink*

Friday 16 October 2009

Perlukah??

Perasaan kini begitu teruja, nervous & ntah ape2 kalau tengok counting day atas tu. Rasa nak remove dari blog yang cute ni. Tapi memandangkan ianya cute so, biar saja. At least, tak perlu untuk menghitung jari & membilang bintang-bintang di langit untuk mengira perjalana hari menuju Mr Chenta Hati.(haha berfalsampah pulak)


Dalam persediaan Kenangan Terindah 121209 & dlm perjalanan menuju Mr Chenta Hati, banyak perkara perlu diuruskan. Banyak pilihan perlu dibuat & banyak benda perlu di survey.


Sometimes,bila terlalu banyak yang disurvey, byk blog yg di baca, hati menjadi tamak. Semua benda nak hingga kehendak menjadi keutamaan. Nasib baik Mr Chenta Hati selalu bagi red alert..


So hati, tabahlah berjimatlah dlm membuat persediaan. Beli untuk keperluan sahaja.

Mashimaro:Mr Chenta Hati pesan, dahulukan yang wajib. Yang perlu itu kesempurnaan. Bukan nafsu mengikut kehendak...

Wednesday 14 October 2009

80% almost done!

Alhamdullilah segala urusan dah selesai & kini boleh berasa berlapang dada sikit.. (sikit je tak leh lebih2 lagi) . Rasa happy terutamanya urusan di Pejabat Agama Muar telah settled. Interview pun dah lepas...Aku punya lah nebes sampai sibuk revise syllabus feqah, tauhid, ibadat dgn my sis & my cousin umo 13thn tu.. yelah, aku tak membesar & bersekolah di Johor dan aku tak bersekolah agama seperti kanak-kanak di Johor yang rata-ratanya berjaya menjejakkan kaki ke darjah khas tu.. Aku di Melaka dulu , sekolah pagi darjah 4 ( sekolah agama darjah 1) & sekolah pagi darjah 5, (sekolah agama darjah 2). Bila berpindah ke Semenyih waktu darjah 6, sekolah pagi aku melompat terus darjah 6 juga.. Nasib baik aku kanak- kanak berotak ekspres, so aku dpt gak catch up even result aku tak lah top ten exam SPRA ;)

Cuti selama 3.5 hari aku manfaatkan untuk melaksanakan kerja2 / tugasan & memastikan sebahagian misi & check list Kenangan Terindah 121209 aku terlaksana. So aku boleh lah concentrate buat benda lain pulak. Penat memang penat..non stop aku selama 3 hari. Maka Mr R telah ku bawa bersama pulang ke kampung. Nasib baik dpt cuti. Maka kami sgt happy!

Friday 25 September 2009

77 Days More!!

Bermula hari ni aku ada 77 hari lagi untuk menjayakan misi "Kenangan Terindah 121209"
Persiapan aku hanyalah baru 40% & rasanya memag agak gila untuk aku mempersiapkan segala yang perlu.. tenaga kerja aku untuk pre tak ramai pun.. hanya ibuku yang best, adikku a.k.a
my wedding planner, penasihat tak rasmi opismate2 aku & family2 ku di muar..

Kat kampung in laws aku pun rasanya tak siap apa & plan weekend ni nak balik sana, booking apa yang patut. Bagi kami, masa adalah sangat terhad dengan tuntutan keje ( mcm lah kje aku kat opis berlambak kan?) . Starting from today, I have to struggle for my big day. Dah lah aku ni banyak kerenah.. nanti kalau tak hancus semuanya..

Checklist kene refer balik. Checklist aku memang detail. Tapi bila tengok2 balik, aihh.. macam banyak yang tak bertick.. Survey perlu diteruskan. Dateline perlu dipatuhi mengikut priority majlis. Kadang- kadang rasa plan dah start. Kadang2 ntah aper2.. tak tau sebenarnya nak mula dari apa & mana.. mungkin faktor aku duduk berjauhan dengan kampung kot.. silap2 nanti aku akan menitahkan adikku ke KL je. abis cite. Tapi they all tengah busy kat kampung. maklumlah bulan raya. Orang datang tak putus- putus.

Aku berhajat nak buat entry tentang "kenangan Terindah 121209" tapi aku spt tidak ada kerajinan untuk itu..

* Ya Tuhanku, berikan aku kekuatan untuk aku menjayakan hari terbesar dalam hidupku. Kurniakan aku kesihatan tubuh badan & permudahlan segala urusan ku.. amin *

Monday 10 August 2009

Cuti - cuti Msia........EDISI I

Spt yang dijanjikan pada entry yang lepas & untuk pertama kalinya dengan sepenuh hati yang excited, gmbr2 percutian ku yg lepas bersama officemate akan di upload di sini...dan untuk pertama kalinya inilah entry bergambar pertama ku di dalam blog ni.. (oh seronoknya!)
Kami stay kat apartment PD Perdana..emm okaylah sewa pun tak mahal. 1 apartment ada 3 bilik. Swimming pool pun ada..kami sewa 3 apartment. Ada 4 family & 3 bujang (termasuk diriku) & supervisorku datang seorang diri tanpa husband. So boleh lah dikatakan yang join trip ni tergolong daripada mereka yang sporting kat office aku tuh..


Food utk BBQ party sememangnya superb & kesemuanya mampu bertahan sehingga hari ke2 untuk aktiviti pantai & pool side..mesti sume sukar nak percayakan?

kak jam & Ryz kusyuk menyiapkan coleslaw..



pandangan luar dari apartment kami

mlm BBQ

Sam & family
(cute bday girl- Shamiera Hani, 2th)


aksiku mengipas satay

(ada gak yg hangus tuh = p)

EJ & family (darwish - sporting & cool baby yg sentiasa menjadi rebutan)

Ni saje entry untuk Edisi I.. nanti aku sambung di kala ada kelapangan & kecepatan utuk mengupload gambar2.. (oh sunguh teruja untuk membuat entry bergambar!)




























































































































































































































































































































































































































































































































Friday 31 July 2009

Blog Dah Bersawang!!

Hari ni aku ada mood nak hupdet blog aku sbb aku hanya buka kat opis. Sbb tu blog aku yg dah bersawang ni tak penah ada gambar & apa entry pun.. Tetiba hari ni aku ada mood nak update pulak. Klu nak harap update kat umah jawabnye pc aku pandang aku tido jer lah..sbb tu lah broadband aku tu jrg berusik tapi tiap2 bulan dok bayar ( tak pernah miss okay)...!


*******************************************************************************

Aku silent reader bloggers lain sbb aku suka baca entry orang, nak tau apa aktiviti orang tanpa meninggalkan sebarang tapak tangan ataupun kesan yang mendalam. hahahaha..

Aku teringin nak hupdet blog ni best2 mcm org lain tapi aku x byk masa nak menunggu gambar2 utk di upload dsbnya..

Esok aku & officemate akan cuti2 malaysia. Destinasinya? Tunggulah nanti update k...

So, selamat bercuti untuk aku =)

Tuesday 23 June 2009

Kedatangan Rejab - 24th of June 2009

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini..........
BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


Nota Mashimaro:Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara!

Wednesday 10 June 2009

Kera Di hutan Disusukan?

Tajuk yang korang semua boleh expect ceritanya. Mungkin aku menulis 'on behalf' kwn2 yang saat ini merasakan ketidakadilan pada objektif pada apa yang kita panggil derma, fund atau apa2
sumbangan yang dikategorikan sbg derma. Cuba korang fahami konsep derma itu sendiri sebenarnya.. for sure akan faham kan?
But, adilkah jika kita sibuk mengutip derma untuk negara lain atas dasar fight for hunger tapi negara sendiri pun rakyatnya hidup dalam kemiskinan? hai, fikir lah sendiri! Dan apa yang lebih membengangkan (boleh dikatakan membangangkan jugak) kita diWAJIBkan dlm keadan terPAKSA untuk menyumbangkan amaun tertentu untuk itu? derma atau paksakah itu?
Tak perlulah konsep derma itu sendiri menjadi beban sehingga menyusahkan para penderma.
Inilah propaganda pihak tertentu yang bertujuan kononnya (entahkan ye entahkan tidak) prihatin dalam isu kelaparan, kemiskinan & kebuluran negara asing.
Hello, rakyat Malaysia lebih berhak untuk itu!

Mashimaro: Tgn yg memberi lebih baik dari yg menerima!

Wednesday 3 June 2009

Hidup Hanya Sementara

Mungkinkah kita hidup selamanya?
Mungkinkah kita mati membawa harta?
Mungkingkah kita penghuni syurga?
Ataukah kita kekal di dalam neraka?

Hidup kita bukan akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat akal manjemput kita
Siapkah kita menghadap kepadaNya
Bergegaslah
Siapkan semua
Waktu kita tinggal sebentar saja

Bergegaslah
Perbanyak amal ibadah
Hidup di dunia hanya sementara
Ketahuilah selama kita hidup di dunia
Kerjakanlah segala perintahNya
Jauhi laranganNya
Apabila Malaikat datang menjemput
Kita takkan ada lagi kesempatan
Mengucap kata taubat..

* by Ungu*

Notakaki: Hidup hanya sementara, akhirat kekal selamanya...

Wednesday 27 May 2009

Mimpi Moon - Cerita Suatu Pagi

Suatu Pagi During Breakfast...

Assalamualaikum.. atuk oh atukk.. assalamualaikum atukk ohhh atuk...

Penerima (P): Hello...

Pemanggil Misteri (PM): Hello.. u kat mane?

P: Breakfast.

PM: I takut wei.. takut giler..

P: Apsal? Meroyan pagi2 ni?

PM: Tak wei..mlm tadi I mimpi..

P: Mimpi? (Mimpi pun nak kecoh?? tapi cam suspen gak nihh..) U mimpi aper?

PM: Seram bebb.. seram..

P: Yelah..

PM: I mimpi naik van jenazah.

P: (Whatssss???). .Iye? ( Dgn nada tenang tak tergezut pun...). Bila U mimpi tu?

PM: Last Night ehh lepas Subuh.

P: Lepas Subuh? ehm..

PM: Then U tau, tadi I terserempak van jenazah. Betull! Seram tengkuk I. Teringat mimpi malam tadi. Betul2 I i nyesal. Nak taubat dah. Insaf beb..terasa cam I pulak yg nak termasuk dlm tu. Aku nak taubat lah. Dosa banyak!

P: Em..okay . Bagus tu U dah sedar ( nada suara yang takde perasaan). Jgn lengah2kan perkara baik ni.

PM: Betul tu. Boleh tolong tak?

P: Tolong?

PM: Tolong punch kan card I. I lewat sikit.

P: Punch? (Sejak bile ops aku pakai punch card?? ). U office mane?

PM: Aik? Takkan tak tau pulak. Cam biasa lah U ni..

P: Biasa?? (Still confuse..mesej tak sampai ke otak lagi. Still pending menuggu signal)

PM: U bukan Nita??

P: Nita?? (wow..suspen nih..)

PM: Ya. Nita purchasing?

P: Nope. I Ramlan, Project Supervisor from Engineering Dept.

PM: What'sss?? Oh my GOD! Opss..

Klik.. Tut.. Tut..Tut...

P: (Sengal!)


Moral of the Story: Beri Salam sebelum bercakap!

Monday 25 May 2009

Tentang BLOG

Aku dah lama jadi pembaca setia blog org. Tkg2 info, xtvt etc.. lah.tapi kali ni barulah aku nak bergiat aktif ceh..ceh..ceh..yela kengkadang kat opis ni letih, menyampah, boring,^*@#(#??? , rasa nak mencarut *********** je... Tapi aku tau cari rezeki halal ni mencabar & mesti byk bersabar.. So bila sempat aku updatelah blog yg baru nak bertatih nih. Mengisi keboringan atau melepas geram (tapi bkn melambangkan aku pekerja yg mencurik tulang tak kira tulang aku or tulang sesape kat opis nih).

So aku bangga menjadi one of the blogger (hehe..) walaupun di kalangan yang terlambat tapi aku lah pembaca setia bloggers lain. saja tgk2 cara penulisan, info, tips & hal2 mengarut yg best & kadang memuakkan tapi boleh menjadi panduan hidup (ahaks.. panduan lah sgt!! )

Kini bermulalah hidup menjadi menjadi seorang blogger yang setia.

notakaki: Teringat dulu2 sebuah pantun glamer;

"Buah cempedak di luar pagar
Ambil galak tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan"

Saturday 23 May 2009

Surat Dari Kekasih Edisi KHAS

Tarikh: 30/03/2007
Perkara: Nak Kawin Ke??

Kau Jeling Aku Jeling,
Aku Tahu Kau Runsing,
Macam Keropok Kena Goreng,
Kejap- kejap Kepala Pening.

Kau Jeling Aku Jeling,
Ahh!! Abang Dah Pening Ni,
Jom la Balik He.. he..he..

Truely, Madly, Deeply.
Always Luv U,
Belajaq Rajin-Rajin
Cepat Abis Cepat Kahwin.

NotaKaki: Contoh Surat dari kekasih yang klasik jiwanya sahaja.

LULUS!

Ya. Aku dah lulus this exam. Yeyeh.. Pastu kegembiraan berganda sebab this month gaji masuk awal.. hehehe..
Bermula dari hari ini jugak kene giat berusaha membantu Encik menjadi seorang usahawan berjaya.. Yezzz!! Chaiyoks2x!

Good Luck to Encik! Semoga Berjaya! Selamat berusaha!

Thursday 21 May 2009

EXAM ..lagi?

Jgn tak percaya aku akan menghadapi exam a.k.a peperiksaan sekejap lagi .. dlm pukul 7 -8 mlm pewhhh..ingatkan dah kerja tak de lagi nak duk menghadap exam. Dah lah kene stayback kat office padahal aku habis keje 5.30pm hari ni..pPastu bajet Tak payah nak buat ulang kaji & menggelabah nak score high marks macam zaman kat U dulu..
Huhu.. tapi exam kali adalah kali ke2 buat aku.. opps.. opps.. ni bkn repeat paper spt ya anda bayangkan..
Ni company exam & kalau aku lulus pastinya ada habuan menanti hehehe... (sambil imagine mengipas2 menggunakan duit huhu...) 1st exam dulu Bronze level aku dapt Euro 50 dan kali ni? hahhahaha.. tunggu aje result aku nanti utk tahu aku layak tak dapat habuan itu nanti..pastiya lebih dari bronze level sbb aku skg silver level.. but for sure habuan dlm RM.. RM..jer....peh...but anyway dpt gak kan..at least..
so wish me luck ya! chaiyok2x!!

It's better for me to stop first..Buat keje dgn ceria & curik2 study...(study2x! tak lah melalak nanti huhu...)

Adiossssssssssssssssssssssssssssss!

Friday 8 May 2009

Benda Baru ?

Hai Semua...

Today is the 1st day aku memblog hasil dari pengaruh kuat Cik Tapak Sulaiman a.k.a my lovely sis..
Untuk intro hari ni cukup dulu smpi cni. Nnt aku update lagi. Line x clear tapi byk yg aku nak cerita..
okay semua ... aku chow dulu..

Chow Sin Chee.......