IKATAN CHENTA DI JIWA

Daisypath Anniversary tickers

Menunju Chenta Hati 121209

Daisypath Wedding tickers

Saturday 7 January 2012

Anugerah Illahi - dia dari 2 bar!!

Ini entry pertama untuk 2012..entry yang sekian lama tertangguh..Alhamdulillah, lengkap hidupku kini dengan kehadiran si dia yang ingin ku abadikan di sini,tapi dah namanya entry tertangguh, so aku buat sekaligus..

24 Januari 2011(1230hrs @ office)..Alhamdulillah..it was my precious birthday gift for year 2011 for me (28 Jan ) & hubby (11 feb)..

 Checked: second day missed period
First day last period: 22nd Dec 2010
Estimated delivery date: 30th Sept 2011
Routine Check up: Klinik Kesihatan Batu 9
Monthly check up: PPUKM, Cheras

24th Jan @ 1830hr- I did 2nd UPT coz hubby tak percaya nak tengok sendiri result tu..& yes again, it was positive..
@2130hrs- went to Klinik Jamilah for the advise but not UPT test ( coz ING company tak cover for pregnancy), the doctor estimated it was around 4 weeks & 6 days..alhamdulillah..
Before this, I did this test few times when my period delayed. Biasalah siapa yang tak ternantikan perkara yang ditunggu-tunggu oleh semua husband & wife especially yang dah lama berkahwin. Genap setahun kami berkahwin, alhamdulliah ianya positif...

After 1 year married, we decided to see gynae located at Tmn Connought, Cheras on Dec 2010. Kawan- kawan hubby suggested that clinic, Kinik Pakar Wanita  Connought, Dr S. Asokan gynae from Hospital Pantai..
Sebelum ni ada juga kami pergi buat pemeriksaan kat klinik biasa & alhamdulliah aku memang tiada masalah kerana semua ok cuma belum masa & rezekinya saja. So,.kami tunggu hingga genap setahun & meminta pandangan Dr Asok mengenai ini & memandangkan umur pun dah meningkat ..haha.. so Dr Asok just gave 5pcs clomid 5mg to try started on 2nd day period, 23rd Dec 2010.& alhamdulillah...

Sepanjang pregnancy, aku mabuk hingga 6 bulan kandungan..muntah tak kira siang malam..makan, muntah, makan, muntah..seriously, during pregnancy aku gain weight hanya 3kg for 9 months. Alhamdulillah akhirnya semua ok, boleh makan macam biasa & apa saja..hingga aku disahkan GDM under diet control..so during pregnant, aku stilll kena diet, makan quality food & aku tak boleh gain weight banyak sangat takut baby terlalu besar & berat..hihi.. aku terpaksa follow diet oleh dietician sebab aku tak nak sampai tahap nak cucuk insulin semua tu..actually, walaupun berat aku tak bertambah banyak dalam tempoh 9 bulan tu tapi disebabkan berat awal sebelum mengandung dah over, so kena buat MGTT & BSP bila dah dekat due..Semasa aku jumpa Dr S.Asokan tu, sepatutnya aku kena diet & kawal berat badan untuk senang pregnant sebab aku dh masuk kategori over lah kan..so dengan penuh keazaman aku ingat nak turunkan berat badan & jadikan ianya azam  2011 tapi alhamdulliah dah positive Jan 2011 so aku tak perlu berdiet sakan..

Ok excited dapat update blog dari pukul 3.30 pagi tadi..2nd entry to be continued...

Monday 24 October 2011

Blog aku, hak aku. Noktah.

Lama dah aku tak update blog & terpaksa private kan blog yang tak berapa glamour ni, jauh sekali ada follower ni. Baru - baru ni satu peristiwa yang buat aku sentap dalam diam. Ada silent follower/ reader yang membaca post aku yang lepas yang mana mereka terlebih dahulu telah tersentap dengan hasil nukilan aku.

Yang lebih best jalan ceritanya di sini ialah mereka-mereka ini ada menghantar permintaan untuk tersenarai dalam friendlist FB aku atau juga mengharapkan aku menghantar permintaan itu. But, sorry to say aku tak tahu kenapa aku tak berminat. Full stop & don't ask me again. Akibat daripada itu, mereka dapat juga address blog ni & berlakulah "siapa makan cili, dia terasa pedasnya.."

Maaflah.. kerana aku tak menyentuh mana - mana isu politik, agama mahupun perkauman. Noktah. Itu saja. Jika kau terasa, kau kaji selidik semula kerana jika itu benar & terkena pada kau, aku rasa kau patut berubah demi kebaikan kau, mereka & keluarga mereka. Jangan memperbesarkan isu yang tak wujud.

Maka tak perlu aku private kan blog aku sendiri seperti aku takut pada tulisan aku sendiri. Tidak sama sekali tidak kerana ini blog aku. Aku bebas menulis apa saja di sini asalkan tidak menyentuh isu politik, agama mahupun perkauman.

Saturday 25 June 2011

Hadap..update..hupdate..

Haha.. dah berkurun rasanya tak berblog kat sini hinggga hampir- hampir lupa password sendiri..Alasan yang paling reasonable ialah.. macam - macam alasan.. a.k.a MALAS.. Banyak story yang nak update sebenarnya tapi tak berkesempatan..
Rasanya nak tukar layout blog ni biar nampak fresh kot..

Ok lah stop kat sini dulu. Nanti update lagi ;)

Sunday 23 January 2011

Ukur Baju di Badan Sendiri

Dah lama blog ni berhabuk tanpa ber update. Baru  ni berkesempatan…Aku nak cerita tentang majlis perkahwinan. Yelah ni dah musim- musim perkahwinan lebih- lebih lagi dekat Chinese New Year ni  mesti banyak wedding invitation yang korang mesti  datang kan? Begitu juga dengan aku. Aku tak mahu sentuh tentang itu dengan lebih lanjut. Cuma aku hanya nak cerita tentang pandangan aku tentang pelaksanaan majlis perkahwinan.

Kini semua sedia maklum , majlis perkahwinan menelan belanja yang tinggi pada zaman sekarang ini. Berpadananlah  dengan hantaran yang diterima dan kenaikan harga barang juga. Jadi kalau hantaran RM10K, mungkin kita  akan dapat jimat paling banyak RM2K pun dah bagus. Melainkan kita memang ada buat simpanan atau buat pinjaman peribadi a.k.a personal loan yang extravaganza kan..Oleh itu, bagi yang nak berkahwin pandai- pandai lah korang simpan duit sendiri dulu, tak kiralah kerja lebih masa ke, menabung ke, buat part time ke dan last sekali baru lah korang boleh mohon pinjaman peribadi. Bagi  aku tak kisah apa cara sekali pun asalkan halal & tak menyusahkan mak bapak kan.

Maksudnya juga, kalau bajet kita ciput atau tak berapa besar buatlah majlis yang bersesuaian dengan bajet kita. Tak perlu besar- besaran sampai perlu berhutang, bergolok gadai sebagainya. Melangkah ke alam perkahwinan adalah langkah baru dalam hidup kita. Jadi, janganlah menyusahkan mak bapak kita yang dah sememangnya susah sedari kita kecil lagi. Jangan meminta dengan mereka sehingga menyusahkan mereka. Aku bercerita ni sebab golongan sedemikian masih lagi wujud sekarang. Nak kahwin tapi tak bekerja. Nak itu ini, duit tak ada. Nak buat pinjaman, tak layak. Tapi hati nak macam- macam. Nak baju grand, nak majlis besar, nak pelamin indah, nak kek bertingkat- tingkat. Hakikatnya, satu sen habuk pun kau tak menyumbang malah menyusahkan mak bapak. Orang nak pakai, nak rasa, kau pun nak rasa, nak pakai. Itu yang aku sangat tak suka. Tapi tak kisah lah kalau ada mak bapak or family yang sangat sayangkan orang seperti ini. Hingga tahap nak kahwin pun perlu di spoon feed kan..Samala pepatah lebih baik bagi joran atau jala daripada kau bagi ikan untuk mereka meneruskan hidup.

Jadi, terpulanglah pada setiap individu kerana bagi aku, cukuplah kita dah menyusahkan mak bapak dari kecil. Lagi satu, janganlah ambil langkah mudah & singkat menjadi peminjam pada mereka- mereka yang sentiasa ingin mengambil kesempatan seperti ah long..Nauzubillah, minta dijauhkan kerana risikonya amatlah tinggi hingga boleh membahayakan nyawa sendiri & keluarga. Itu sangat –sangat aku bangkang. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak!

Tulisan ini berbentuk pandangan aku sendiri yang mana aku ulas berdasarkan bacaan dan situasi sebenar atau dilema bagi yang ingin mendirikan masjid. Tidak ada kena mengena dengan sesiap atau individu tertentu sekadar berkongsi rasa.

Mashimaro: Teringat kat lagu... duit tak ada, tapi hati ingin kahwin..apa dayaku oh oh..hampa...

Saturday 23 October 2010

Blog oh Blog

Lama dah tak update.
Dah berhabuk.
Macam biasa, aku silent reader. Jalan2, survey2 , baca2 blog orang lain.
Macam2 ada. Aku? Tetap sama.
Ada kala, aku aku blogwalking, membaca & terus membaca hingga aku leka alam sekeliling
Ada yang aku baca dari permulaan penulisan/ penglibatan sang blogger itu
Ada catatan harian, ada ilmu yang dikongsi bersama
Ada puisi, ada fahaman dan ada falsafah

Yang bagus, teruskan. Blog sendiri, ikut suka sendiri.

Saturday 31 July 2010

3 Tahun Yang Lalu..

Menatap Mata Sepetmu

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu









Si Mata Sepet  Hatiku

Tuesday 27 July 2010

Cerita Satu Malam

Kejadian bermula pada malam 24 July 2010 yang takkan aku lupakan. Aku tak pernah terfikir yang kejadian itu berlaku pada aku kerana selama ini aku tak pernah cuai & tak pernah meremehkan perkara itu..
Lepas balik kerja, aku ke Damansara jumpa intan payung aku. Walau sekejap rasa lapang & relax hilang semua penat tensi -tensi aku. Dengan gigihnya kau redah jam di petang hari untuk berjumpa intan payung aku....

Ini dia encik intan payung...
Si kecik intan payung dengan 1st birthday presentnya..
(sila abaikan imej muncung teko itu)
 
Dekat pukul 10, aku terus balik. Encik Suami pastinya menunggu dengan sabar di rumah kan..Kejadian bermula apabila kereta aku dengan sebaiknya tanpa diarah & dipinta terus mematikan diri. Masa tu aku sedap-sedap tengah bergayut dengan bff aku menceritakan tentang kesangsian kehamilannya pada aku. So layankan saja & pastinya menjadi a good listener. 

Lepas saja menuruni bukit, enjin kereta terus menyepikan diri. Pedal minyak ditekan tapi tetap takde respon. Free gear, masuk gear, tukar gear semua dah aku buat. Paling best, aku start engine langsung tak respon gak.. Dalam otak macam- macam andaian dah. Yelah sebelum ni aku ada pengalaman kereta stuck kat tengah jalan, tengah highway. Tolak kereta pun aku pernah. So bayangkan, bagi aku tu cuma kejadian kecil berbanding yang lain. Timing belt putus, distributor kong, langgar bumper orang, kabel klac putus, minyak takde  ...semua aku dah lalui. Tu sebab aku masih cool aje malam tu..

Ada gak yang bersimpati terus tolak kereta ke tepi sehinggalah.. 

  jeng jeng jeng!!


bantuan sampai!!
(siapa lagi kalau bukan hero Malaya aku- Encik Suami)

Terus tanpa berlengah, post mortem ke atas kereta kuda ku di jalankan. Bantuan lain menyusul dari Kajang, dari kem, dari Ampang semualah dihubungi..

Layan je lah gambar tak payah cerita nanti korang tahu lah..
Tersadai sudah..

 ...
...
....
.....




 Masing -masing serius menjalankan post mortem
Hasilnya....


...
....
.......
...........
...................
.................................................................






Tadaaaaaa.........












Minyak Habis!

Tragedi malam itu sungguh tak ku duga.. Penunjuk meter minyak semua rosak! Cet!