IKATAN CHENTA DI JIWA

Daisypath Anniversary tickers

Menunju Chenta Hati 121209

Daisypath Wedding tickers

Monday 24 October 2011

Blog aku, hak aku. Noktah.

Lama dah aku tak update blog & terpaksa private kan blog yang tak berapa glamour ni, jauh sekali ada follower ni. Baru - baru ni satu peristiwa yang buat aku sentap dalam diam. Ada silent follower/ reader yang membaca post aku yang lepas yang mana mereka terlebih dahulu telah tersentap dengan hasil nukilan aku.

Yang lebih best jalan ceritanya di sini ialah mereka-mereka ini ada menghantar permintaan untuk tersenarai dalam friendlist FB aku atau juga mengharapkan aku menghantar permintaan itu. But, sorry to say aku tak tahu kenapa aku tak berminat. Full stop & don't ask me again. Akibat daripada itu, mereka dapat juga address blog ni & berlakulah "siapa makan cili, dia terasa pedasnya.."

Maaflah.. kerana aku tak menyentuh mana - mana isu politik, agama mahupun perkauman. Noktah. Itu saja. Jika kau terasa, kau kaji selidik semula kerana jika itu benar & terkena pada kau, aku rasa kau patut berubah demi kebaikan kau, mereka & keluarga mereka. Jangan memperbesarkan isu yang tak wujud.

Maka tak perlu aku private kan blog aku sendiri seperti aku takut pada tulisan aku sendiri. Tidak sama sekali tidak kerana ini blog aku. Aku bebas menulis apa saja di sini asalkan tidak menyentuh isu politik, agama mahupun perkauman.

Saturday 25 June 2011

Hadap..update..hupdate..

Haha.. dah berkurun rasanya tak berblog kat sini hinggga hampir- hampir lupa password sendiri..Alasan yang paling reasonable ialah.. macam - macam alasan.. a.k.a MALAS.. Banyak story yang nak update sebenarnya tapi tak berkesempatan..
Rasanya nak tukar layout blog ni biar nampak fresh kot..

Ok lah stop kat sini dulu. Nanti update lagi ;)

Sunday 23 January 2011

Ukur Baju di Badan Sendiri

Dah lama blog ni berhabuk tanpa ber update. Baru  ni berkesempatan…Aku nak cerita tentang majlis perkahwinan. Yelah ni dah musim- musim perkahwinan lebih- lebih lagi dekat Chinese New Year ni  mesti banyak wedding invitation yang korang mesti  datang kan? Begitu juga dengan aku. Aku tak mahu sentuh tentang itu dengan lebih lanjut. Cuma aku hanya nak cerita tentang pandangan aku tentang pelaksanaan majlis perkahwinan.

Kini semua sedia maklum , majlis perkahwinan menelan belanja yang tinggi pada zaman sekarang ini. Berpadananlah  dengan hantaran yang diterima dan kenaikan harga barang juga. Jadi kalau hantaran RM10K, mungkin kita  akan dapat jimat paling banyak RM2K pun dah bagus. Melainkan kita memang ada buat simpanan atau buat pinjaman peribadi a.k.a personal loan yang extravaganza kan..Oleh itu, bagi yang nak berkahwin pandai- pandai lah korang simpan duit sendiri dulu, tak kiralah kerja lebih masa ke, menabung ke, buat part time ke dan last sekali baru lah korang boleh mohon pinjaman peribadi. Bagi  aku tak kisah apa cara sekali pun asalkan halal & tak menyusahkan mak bapak kan.

Maksudnya juga, kalau bajet kita ciput atau tak berapa besar buatlah majlis yang bersesuaian dengan bajet kita. Tak perlu besar- besaran sampai perlu berhutang, bergolok gadai sebagainya. Melangkah ke alam perkahwinan adalah langkah baru dalam hidup kita. Jadi, janganlah menyusahkan mak bapak kita yang dah sememangnya susah sedari kita kecil lagi. Jangan meminta dengan mereka sehingga menyusahkan mereka. Aku bercerita ni sebab golongan sedemikian masih lagi wujud sekarang. Nak kahwin tapi tak bekerja. Nak itu ini, duit tak ada. Nak buat pinjaman, tak layak. Tapi hati nak macam- macam. Nak baju grand, nak majlis besar, nak pelamin indah, nak kek bertingkat- tingkat. Hakikatnya, satu sen habuk pun kau tak menyumbang malah menyusahkan mak bapak. Orang nak pakai, nak rasa, kau pun nak rasa, nak pakai. Itu yang aku sangat tak suka. Tapi tak kisah lah kalau ada mak bapak or family yang sangat sayangkan orang seperti ini. Hingga tahap nak kahwin pun perlu di spoon feed kan..Samala pepatah lebih baik bagi joran atau jala daripada kau bagi ikan untuk mereka meneruskan hidup.

Jadi, terpulanglah pada setiap individu kerana bagi aku, cukuplah kita dah menyusahkan mak bapak dari kecil. Lagi satu, janganlah ambil langkah mudah & singkat menjadi peminjam pada mereka- mereka yang sentiasa ingin mengambil kesempatan seperti ah long..Nauzubillah, minta dijauhkan kerana risikonya amatlah tinggi hingga boleh membahayakan nyawa sendiri & keluarga. Itu sangat –sangat aku bangkang. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak!

Tulisan ini berbentuk pandangan aku sendiri yang mana aku ulas berdasarkan bacaan dan situasi sebenar atau dilema bagi yang ingin mendirikan masjid. Tidak ada kena mengena dengan sesiap atau individu tertentu sekadar berkongsi rasa.

Mashimaro: Teringat kat lagu... duit tak ada, tapi hati ingin kahwin..apa dayaku oh oh..hampa...