IKATAN CHENTA DI JIWA

Daisypath Anniversary tickers

Menunju Chenta Hati 121209

Daisypath Wedding tickers

Sunday 23 May 2010

Rumah baru cerita baru

Sekian lama aku tak berblogging kali ini baru berkesempatan. Penat mencuci & mengecat rumah baru tiba- tiba datang pula mood nak update blog ni..Ya aku akan memulakan hidup yang sama dalam persekitaran baru. Dah hampir setahun setengah aku aku tinggal di rumah sewa ni..Pejam celik pejam celik tak sangka dah setahun lima bulan. Setahun bersendirian tanpa housemate sebab mudah untuk mak & adik yang selalu datang KL untuk tinggal dengan aku. Kalau ada housemate terhadlah sikit. Lima bulan ni pula aku tinggal dengan housemate baru. Housemate, roomate & soulmate. 3 in  1 dan more in 1..kini, Alhamdulliah ada rezeki untuk kami berpindah sementara menunggu rumah yang sedang dalam pembinaan.
Bersyukur walaupun akan tinggal di kuarters tapi amat berbaloi jika dibandingkan dengan rumah sewa sekarang. Rumah sewa sekarang tingkat 5 fully furnished yang ala- ala saja, tanpa lif dan selama 17 bulan aku gigih mendaki tangga. Namun Alhamdulliah family aku juga masih mempunyai kudrat nak panjat tangga terutamanya mak. Kesian kat mak kalau nak datang rumah aku. Tapi aku tahu ada masanya mak nak bertukar angin ada masa nak datang tengok anak menantu. Bersyukur mak masih sihat untuk naik ke tingakt 5 ni. Disebabkan itu juga aku jarang menjemput kawan-kawan & saudara datang ke rumah. Family in law aku pun aku tak galakkan untuk datang. Bukan sombong tapi aku tahu kadar keterlaratan mak & abah mentua aku untuk naik ke tingkat 5 ni. Kuarters ni pulak walau tingkat 8, tapi ada lif & rumah  aku yang paling hujung berdekatan dengan lif. Memang aku rasa ini masa yang tepat kerana aku perlu persekitaran baru untuk membina hidup baru  dan deko mendeko rumah ikut citarasa kami. Tak salahkan?
Jadi, bayangkan kalau wanita  mengandung  turun naik tingkat 5 ni kan? Tak ke haru.. Jadi persekitaran baru diharap akan menukar suasana kepada yang lebih  fresh..
Tak sabar nak tulis entry baru cuma rasanya  seperti tidak berkesempatan sebab proses perpindahan akan bermula..

Mashimaro: semoga kami tabah hati untuk memunggah turun dari tingkat 5 & naik ke tingkat 8!