IKATAN CHENTA DI JIWA

Daisypath Anniversary tickers

Menunju Chenta Hati 121209

Daisypath Wedding tickers

Sunday 6 June 2010

Tentang Pisang

Minggu lepas aku balik kampung hubby di Pahang. Sebagai buah tangan , MIL aku bekalkan pisang. Ya, buah pisang. Aku memang tak kenal sangat jenis- jenis pisang tapi aku tahu nama pisang. Maksud aku, aku tak tahu untuk memadankan nama & jenis pisang tu. Menurut MIL, pisang itu adalah pisang nangka yang masih muda.  , Hijau muda & pisang rastali. Setelah merujuk pada mak aku sendiri juga, maka pisang nangka hijau itu eloklah dibuat kerepek. Ya kerepek pisang! Mula-mula aku tak berapa confident  nak bawa balik pisang tu. Seperti tahu isi hati aku, Encik Suami pun tak memaksa. Tapi bagi aku itu adalah seperti  satu cabaran untuk membuktikan padanya aku sedang cuba menjdai seorang isteri yang matang, yang tahu selok belok itu ini, masak itu &ini. Tapi persoaannya pernah ke aku buat kerepek pisang? Makan aku pandai lah. Ni nak sagat kerepek terus ke dalam kuali adalah satu perkara yang tak pernah aku alami ahaks.. alternatf perlu dicari segera.

Maka, balik saja dari office keesokkan harinya tu aku memulakan pencarian penyagat kerepek. Terus ke Econsave mencari peralatan menyagat itu dengan yakinnya walaupn dalam hati risau terbeli penyagat sayur.
So, cari punya cari, aku jumpa yang all in one. So tanpa buang masa, aku pun beli. Malam tu, dibantu oleh Encik Suami, aku pun memulakan perkara yang aku tak pernah buat seumur hidup setakat ni. Aku memang agak fobia dengan minyak panas dalm kuantiti yang banyak. So sebagai langkah berjaga-jaga, kami ambil jalan mudah iaitu Encik Suami menyagat, kemudian  aku menggoreng. Namun menurut mak, kerepek itu akan melekat satu sama lain kerana sepatutnya pisang perlu disagat terus ke dalam kuali tapi  aku  buat sebaliknya, sagat dahulu kemudian goreng lerai- leraikan. Nak tak nak kenalah habiskan. Sebelum ni, aku pernah tengok arwah nyai ( nenek) buat kerepek setiap kali menjelang raya tapi inilah kali pertama aku buat. Hasil dari sagatan Encik Suami, tak semua kerepek menjadi rangup. Ada yang tebal sikit di tengah-tengah. Tapi aku meneruskan usaha kami.  Dapatlah dalam 2 telap. Akhirnya siap juga lebih-lebih lagi abang aku & kawannya datang malam tu maka habislah sang kerepek aku tu..mari lihat gambar yang aku nak abadikan kat sini..;)

Proses menggoreng ;)


Perkara baru bagi aku setelah bergelar isteri tapi serius amat menyeronokkan! Nantikan versi apam/ kek pisang kukus pulak selepas ni. Pakcik gugel, sila tolong saya!